Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum ini saya pernah berkongsi dengan rakan-rakan di blog saya bahawa Juruaudit W41 merupakan salah satu dari 12 jawatan terbuka yang boleh dipohon oleh anda. Ianya tidak memerlukan Ijazah Sarjana Muda yang khusus.
Akan diadakan Exam Juruaudit W41 pada 14 April 2012 ini.
Saya ada sedikit perkongsian untuk anda. Pada 4 Februari 2012 yang lepas telah diadakan Exam untuk Penguasa Kastam W41. Ianya juga pertama kali diadakan dan ramai yang tercari-cari Panduan Exam. Mujurlah Panduan PTD sahabat saya Encik Muaz Hadi boleh digunapakai dan ramai mendapatkannya. Encik Muaz Hadi membukanya hanya dalam masa 7 hari sahaja. Dan tidak disangka adik saudara saya juga turut menghadiri Peperiksaan tersebut dan dalam diam dia mendapatkan Panduan dari Encik Muaz Hadi. Alhamdulillah dia lulus dan akan dipanggil untuk peringkat seterusnya PAC. Dia menceritakan Panduan Exam PTD boleh digunakan kerana formatnya hampir sama.
==> http://tinyurl.com/ExamJuruauditW41
Adik saudara saya berkongsi maklumat dengan saya mengenai Peperiksaan Penguasa Kastam tersebut dan saya percaya Soalannya akan digunakan kembali untuk Exam Juruaudit W41.
Untuk Soalan Pertama: Pengetahuan Am
Masa - 40 minit
Soalan - 50 Objektif
Adik saudara mengatakan bahawa banyak soalan isu semasa. Disentuh soalan mengenai Belanjawan 2012. Anda disarankan mengetahui kandungan Belanjawan tersebut. BR1M telah disoal. Peruntukan rumah pertama. Dan saya percaya isu LYNAS baru-baru ini juga akan dikeluarkan. Serta saya percaya isu Pembatalan SBPA juga mungkin akan disoal. Pada Exam tersebut telah disoal mengenai isu dan cabaran Kastam. Kali ini anda bacalah isu dan artikel mengenai Jabatan Audit Negara.
Laporan Aktiviti Jabatan Audit Negara ==> http://tinyurl.com/LaporanAktivitiJAN
Kenyataan Akhbar ==> http://tinyurl.com/KenyataanAkhbarJAN
Sukan juga disoal. Siapakah menjuarai pingat emasa acara Bola Sepak Sukan Sea di Indonesia? Anda bacalah aktiviti sukan negara kita. Kejayaan atlit baru-baru ini. Contoh: Siapakah yang menjuarai
Kejohanan All-England pada tahun 2012? Dimanakah temasya
Olimpik 2012 akan diadakan.
Untuk Soalan Kedua: Daya Penyelesaian Masalah
Masa - 45 minit
Soalan - 40 minit
Soalan-soalan semuanya merupakan masalah matematik setinggi dan setaraf Tingkatan 5. Tapi jangan pandang rendah. Walaupun soalan SPM tapi ramai yang kandas kerana tidak cukup masa. Soalannya senang tapi berbelit. Tidak direct. Saya cadangkan jangan bazir masa anda tidak lebih dari 2 minit untuk 1 soalan. Kalau lebih 2 minit tinggalkan dan buat yang seterusnya. Jika hendakkan contoh soalan dan ingin membuat latihan dapatkan Panduan Encik Muaz Hadi. Beliau ada menyediakan Satu set contoh soalan dan cara menjawabnya.
==> http://tinyurl.com/ExamJuruauditW41
Soalan Ketiga: Esei Bahasa Melayu
Masa: 1 jam
Soalan: 3 soalan, Pilih 1 sahaja
Pada Exam Penguasa Kastam yang lepas adik saudara saya sempat menyalin soalan-soalannya. Ehhh.. Lupa nak bagitau Semua soalan tak boleh bawa balik yeee...
1) Bincangkan langkah-langkah berkesan bagi menangani masalah
penyeludupan di sempadan & pintu negara.
2) Penguasa kastam yang berwibawa dan berintegriti akan
sentiasa dihormati & disanjung tinggi. Bincangkan.
3) Usaha kerajaan / swasta memajukan teknolgi hijau
menjamin kelestarian pembangunan negara.
Saya sarankan anda membaca tugas-tugas Juruaudit W41. Ketahui bagaimana hendak menjadi Juruaudit yang berwibawa. Mengenai teknologi hijau, berkemungkinan ianya akan disoal semula kerana ianya hangat terutama isu LYNAS. Jangan lupa isu pembatalan SBPA. Berkemungkinan akan disoal mengenai pendapat anda mengenai isu tersebut.
Soalan keempat: Esei Bahasa Inggeris
Masa: 1 jam
Soalan: 3 soalan, Pilih 1 sahaja
1) Diplomacy & good conduct help individuals with career
advancement. Discuss
2) Perseverance is the key to success. Discuss?
3) Tradition & customs cannot fit into our world of
technology. Discuss.
Saya berpendapat tidak mustahil soalan-soalan ini akan digunakan semula. Tapi janganlah anda mempercayai 100% ianya akan keluar.
Untuk maklumat yang lebih saya sarankan anda dapatkanlah Panduan Encik Muaz Hadi.
==> http://tinyurl.com/ExamJuruauditW41
Ikhlas,

INFO JAWATAN PEGAWAI KERAJAAN TERKINI
TIPS PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA


